Posts

Showing posts from May, 2019

Menterjemah frasa dan peribahasa

Hai assalamualaikum Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Jenis-jenis frasa: Frasa Idiomatik- Terbina daripada paduan dua perkataan atau lebih dan mengandungi makna khusus yang mungkin tidak boleh disimpulkan daripada makna-makna perkataan yang membentuknya dan disebabkan iti dikatakakan frasa-frasa ini tidak telus Tarkib Idafi -Boleh diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagaimana susunan kata bahasa Arabnya, tanpa penambahan ataupun perubahan apapun. Tarkib Wasfi Taukid- Kata yang digunakan untuk menghilangkan keraguan orang yang diajak berbicara atau menguatkan maksud. Mempunyai lima perkataan  iaitu نفس،كل،عين،جميع وعامة Badal wa Mubdal minhu- Contoh: Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah Tunku Abdul Rahman merupakan perdana menteri yang digelar bapa kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman adalah badal. 'Ataf wa Ma...

Kelayakan Penterjemahan

Hai assalamualaikum Hanya dengan mengetahui dua bahasa seseorang itu boleh menjadi penterjemah yang baik. Syarat utama menjadi seorang penterjemah ialah mengetahui bahasa sumber dan bahasa saaran , mengetahui topik yang akan diterjemahkan serta mengetahui  sasaran pembaca. Mengetahui bahasa sumber dengan lebih mendalam supaya dapat menterjemahkannya dengan lebih tepat serta dapat membezakan makna dengan baik. Seterusnya mengetahui bahasa sasaran iaitu bahasa penerima. Haruslah lebih baik daripada bahasa sumber. Selain itu, mengetahui subjek dan bidang yang diterjemahkan, ianya sangat penting dalam penterjemahan teks-teks sastera dan teks-teks yang khusus. Kemudian , mengetahui teori terjemahan, ia bukan pindahkan perkataan sahaja, tetapi memindahkan idea, maklumat dan gaya. Akhir sekali mengetahui sasaran pembaca dan laras bahasa perlu dijaga. Contohnya, kalau sasarannya ialah kanak-kanak ,maka laras bahasa mestilah sesuai dengan kanak-kanak tersebut. Tugas menterj...

jenis terjemahan

Hai..assalamualaikum Terdapat dua jenis terjemahan iaitu terjemahan tulisan dan lisan.  Ciri-ciri terjemahan tulis  ialah ianya dilakukan secara bertulis serta penterjemah masih boleh membaiki kesilapan terjemah yang dilakukan. Terjemahan lisan pula ialah dilakukan secara lisan. Ia dilakukan secara langsung cepat &tepat. Penterjemah disyaratkan berkemampuan berbicara dengan lancar & fasih dalam bahasa Sumber dan bahasa Sasaran. Menurut Robert Lado terjemahan terbahagi kepada dua iaitu faktual dan sastera. Faktual ialah terjemahan yang memindahkan maklumat yang berbentuk fakta seperti terjemahan buku, surat khabar, surat-surat rasmi dan sebagainya. Ianya hendaklah ringkas, sederhana dan tidak mengelirukan. Terjemahan yang mengelirukan bukan sahaja menyesatkan malah boleh membawa kemudaratan kepada pembaca. Sastera dilakukan untuk kepentingan kesenian & kesusasteraan seperti terjemahan prosa, puisi dan sebagainya. Kesilapan terjemah tidaklah terlalu men...

Alat bantu terjemahan

Hai,,,Assalamualaikum, Salah satu alat terjemahan adalah kamus. Kamus adalah buku rujukan yang menerangkan makna perkataan. Ianya berfungsi untuk membantu para pengguna mengenal perkataan baru.Jenis-jenis kamus terbahagi kepada tiga iaitu Kamus Ekabahasa ialah meggunakan satu bahasa iaitu kata-kata entri dan penjelesannya terdiri daripada bahasa yang sama.Kedua, Kamus Dwibahasa ialah menggunakan dua bahasa iaitu pemerian takrifnya menggunakan bahasa yang lain. Ketiga ialah Kamus Aneka Bahasa, misalnya kamus Melayu-Inggeris-Arab. Terdapat tiga jenis saiz kamus iaitu kamus mini dikenali juga kamus saku dan tebalnya kurang daripada 2 sm. Kedua, kamus kecil ianya biasa dijumpai serta mudah dibawa. Contohnya kamus Oxford Fajar. Ketiga ialah kamus besar, saiz besar tidak ssesuai untuk dibawa ke mana-mana. Kamus sangat penting kerana ia amat diperlukan oleh semua penterjemah walau ia profesional kerana ia merupakan alat bantu terjemahan yang paling berguna ketika penterjemah tidak meng...

Proses Menterjemah

hai ..Assalamualaikum Proses Penterjemahan adalah dimulakan dengan: teks sumber-analisis-pemindahan-struktur semula-memeriksa-menyemak-menyunting-teks sasaran Proses analisis berlaku dalam pemikiran penterjemah, mencari makna perkataan seperti ayat, seluruh wacana dalam kamus. Kedua. proses pemindahan adalah paling penting dalam proses penterjemahan. Ia perlu mencari padanan terjemahan yang sesuai sepadan supaya ayat menjadi sedap untuk didengari. Ketiga, menstruktur semula teks mengikut bahasa sasaran. Ianya hendaklah mudah dan ringkas dan ayat tersebut jelas. Gaya bahasa yang digunakan mestilah memudahkan pembaca memahami teks terjemahan itu dengan mudah. Keempat, proses memeriksa boleh dilakukan sendiri ataupun bersemuka dengan pakar bidang terjemahan. Kelima, meyemak, teks terjemahan dianggap sebuah teks yang berdiri sendiri. Satu cara untuk menyesuaikan teks terjemahan adakh dengan kehendak pembaca sendiri.Akhir sekali, ialah menyunting, teks perlu disunting supaya membuang ...

terjemahan teks sastera

Asslamualaikum semua, seperti mana yang kita tahu teks sastera terbahagi kepada banyak jenis. Antaranya ialah puisi, syair, pantun dan gurindam.Selanya prosa atau cerpen yang digunakan dalam novel itu dikatakan juga sebagai teks sastera. Puisi akan terhasil apabila seseorang itu melakukannya dengan emosi. Apabila emosi sedang baik, maka eloklah puisi yang dihasilkan dan apabila emosi yang sedang bersedih, makan puisi yang dihasilkan dengan perkataan yang sedih sepertimana perasaan pada ketika itu. Selain itu, kata-kata dalam puisi perlulah dipilih dengan betul dan teliti. Sekiranya tema puisi tersebut mengikut tema cinta misalnya, kata-kata yang digunakan perlulah lembut,halus dan sesuai dengan tema tersebut. Terdapat banyak kaedah menterjemah puisi. Antaranya ialah menterjemahkan puisi mengikut prosa.Andre Lefevere memutuskan bahawa akan berlaku penyelewengan dari segi maksud atau makna yang terkandung dalam teks asal, nilai komunikatif dan sintaksis. walaupun pemesongan atau penyel...

MINGGU 14

Hi Assalamualaikum semua.👀 Minggu ni minggu terakhir pembelajaran untuk sem 2. Harini merupakan hari terakhir kulliah terjemahan arab-melayu-arab. Tapi harini class cancel. So, saya amik kesempatan ni untuk sambung sedikit tentang teks sastera yang minggu lepas saya sambung tu. Hehehe sape ingat lagi? Okaylah saya sambung ye? Harini saya nak share tentang kaedah menterjemah puisi oleh Andre Lafevere. terjemahan fonemik: kaedah ini cuba mencipta kembali bunyi yang terdapat dalam teks asal ke dalam bahasa sasaran, dan pada masa yang sama menghasilkan satu parafrasa yang boleh diterima. terjemahan literal: teks asal diterjemahkan secara kata demi kata yang mengakibatkan karya terjemahan yang terhasil tidak boleh difahami dengan baik. terjemahan metrikal: kaedah ini ialah mencipta semula metre puisi asal dalam puisi terjemahan.  terjemahan berima: apabila kaedah ini digunakan, penterjemah akan terjebak dalam metre dan rima. terjemahan ke bentuk rangkap tanpa rima: penterjem...

Menterjemah Kata Nama Khas

Hai assalamualaikum,  Kata nama khas, merujuk kepada rujukan yang khusus sama ada orang, haiwan, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa dan seumpamanya. Kata nama khas tidak harus dipandang mudah kerana mempunyai makna tersendiri, terkandung sesuatu maklumat yang tidak dapat dilihat secara tersurat. Kata nama khas dalam bahasa arab seperti علي tidak perlu diterjemahkan tetapi terdapat 2 perkara penting yang perlu diambil kira iaitu: Tukar huruf kepada huruf rumi Memulakan setiap perkataan dengan huruf besar Sekiranya kata nama khas itu bahasa inggeris penterjemah perlu tahu memilih padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu. Kata nama Khas yang mempunyai makna tidak boleh diterjemahkan sama sekali. Jika ia melakukannya bermakna dia telah meakukan kesalahan yang berat. Contohnya: Longman (BI) menjadi لونجمان bukannya رجل طويل. Nama Negara, Bandar dan Tempat Mengekalkan nama bahasa sumber  Menggantikan nama dalam bahasa sumber dengan padanan yang wujud d...

TEKS SASTERA

Hi Assalamualaikum semua. Macam mana puasa? 10 malam terakhir dah ni. harap semua dapat lah malam lailatul qadar. Hehehe 💘 okay pagi ni saya nak share sikit pasal terjemahan teks sastera. okay siapa tahu apa itu teks sastera?  Definisi: sebarang teks yang menggunakan bahasa dengan gaya penulisan  yang kreatif melalui cara-cara stilistik, dengan tujuan khusus untuk menghasilkan satu teks yang bersifat estetik.  Jenis teks sastera: Puisi seperti syair, pantun, gurindam dan prosa seperti cerpen dan novel. Okay faham tak semua? seterusnya ciri-ciri puisi ialah mengungkapkan tentang suatu perkara dengan emosi dan perasaan yang kuat dan pengaruh yang mendalam. ia memandang kehidupan dengan pandangan yang tidak mungkin difahami dan diungkapkan dengan hanya sekadar mengikut mantiq atau berdasarkan bukti dan dalil semata-mata. Nantikan blog saya yang seterusnya sebab saya akan sambung lagi. terima kasih semua sebab membaca. harap anda dapat serba sedikit ilmu yang s...

Masalah makna dalam terjemahan

ASSALAMUALAIKUM. HAI SEMUA. HOW WAS YOUR PUASA TODAY ? OKAYJE KAN. KALAU OKAY ALHAMDULILLAH. HMM DAH LAMA TAK JENGUK BLOG NI SO HARINI SAYA NAK BUKAK DAN SHARE SIKIT APA YANG SAYA FAHAM TENTANG MASALAH MAKNA DALAM TERJEMAHAN. OKAY GUYSS, SEPERTI MANA YANG KITA DAH BELAJAR BARU BARU NI, DALAM SATU PERKATAAN TERSEBUT TERDAPAT BANYAK MAKNA. CONTOHNYA, CHAIR. CHAIR KAT SINI BUKAN HANYA DIMAKSUDKAN DENGAN KERUSI SAHAJA, MALAH DIA JUGA MEMBAWA MAKSUD MENGETUAI CONTOH "HE WILL CHAIR THE MEETING". SO KAT SINI, JANGAN ANGGAP CHAIR TU HANYA DIMAKSUDKAN KERUSI YE KAWAN-KAWAN. DIA ADA BANYAK MAKSUD. SETERUSNYA, UNTUK KITA NAK FAHAM SESUATU MAKNA TERSEBUT, KITA KENA TAHU MAKNA RUJUKAN, MAKNA LEKSIKAL, MAKNA GRAMATIKAL DAN BANYAK LAGI MAKNA YANG KITA KENE FAHAM. OKAY BOLEH FAHAM TAK? HARAPNYA BOLEH FHAM LA YEE. ITU SAHAJA. KESIMPLANNYA, BUKAN KITA YANG BERGELAR MANUSIA JE ADA MASALAH, TAMA PUN ADA MASALAH TAU. HA NI LA MASALAHNYA HAHAHHHA. OKAY THATS ALL GUYS. THANKYOU AND SELAAMAT B...

TERJEMAHAN AL-QURAN

hi assalamualaikum. jumpa saya lagi di minggu ke-12. semua mcam mana? steady je tengok. saya ni makin tak terurus jadual saya. okaylah malam ni saya nak share sikit tau tajuk terjemahan al-Quran.  Tajuk ni kawan-kawan saya yang bentang. saya terhibur hari pembentangan tu sebab diaorang semua lawak. okaylah saya mulakan okay? first sekali, definisi terjemahan. definisi ni maksudnya mengungkapkan makna sesuatu kata ataupun teks dalam bahasa asal dengan kata-kata lain dalam bahasa kedua secara jujur dan setia kepada semua makna dan maksud yang ada dalam teks pertama. faham tak korang? kiranya kita kena terjemahkan makna bahasa asal kepada bahasa sasaran dengan amanahlah. kita jangan pulak senyap-senyap buang perkataan pulak. ingat tu. seterusnya, menterjemah al-Quran ni satu topik yang sangat penting tau, sebab apa? kita mempunyai hubungan dengan al-Quran al-Quran.selain daripada tu, terjemah ni penting untuk umat Islam yang tak tau berbahasa Arab. hal ini demikian akan menyumbang ...

PADANAN TERJEMAH

Image
HI ASSALAMULAIKUM SEMUA.  KORANG SIHAT? MACAM MANA PUASA OKAY TAK? PUASA PENUH TAK SEMUA NI? ❤ MINGGU NI DAH MINGGU KE-11 DAH. DAH NAK HABIS SEM DAH.😞 KEJAP JE KAN MASA BERLALU. MCAM TAKPERCAYA JE. SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALANYA. OKAY KORANG, HARINI SAYA NAK SHARE KULLIAH MINGGU NI TAU? TAJUK KULLIAH NI, PADANAN TERJEMAH. MINGGU NI KITAORG TKDE CLASS TUTORIAL PUN SBB USTAZAH NAK BAGI LALUAN UNTUK SIAPKAN TASK YANG USTAZAH BAGI KAT IFOLIO. SAPE TAK SIAP LAGI HAA?😡 BAIK SIAPKAN!!! OKAYLAHH BERMULA DENGAN TAJUK PADANAN TERJEMAH, YANG BERI PENERANGAN NI KAWAN-KAWAN SAYA TAU. USTAZAH NAK TENGOK KAMI TERANGKAN TENTANG TAJUK TU. NIDA MEMPERKENALKAN TERDAPAT DUA JENIS PADANAN IAITU PADANAN FORMAL DAN PADANAN DINAMIS. PADANAN FORMAL ialah penterjeh sedaya upaya menghasilkan semula bentuk dan isi secara literal dan menepati makna sebagaimana yang diniatkan oleh penulis asal. sebagai contoh, kata nama diterjemahkan ke bentuk kata nama, kata kerja ke bentuk kata kerja dan sebagi...

PUASA

Image
Hai guys assalamualaikum . Apa khabar semua ? sihat ? puasa dah kan ? ha macamane dengan puasa pertama korang semalam ? okay  ke tak okay ? harini dah masuk hari kedua kita berpuasa. Sedar tak sedar lagi 28 hari kita akan menyambut hari raya dan akan meninggalkan Ramadan. Jadi , pesoalannya disini, macamane dengan amalan amalan kita dan persiapan kita dalam menghadapi bulan ramadan ni ? Harapnya semua dapat tingkatkan lagi amal ibadah. Perbanyakkan zikir di bulan Ramadan ni. Banyak ganjaran pahala yang kita akan dapat nanti. Tak rugi tau kawan-kawan buat baik ni. Allah balas berlipat kali ganda dekat kita. Tapi satu lagi pesanan saya, buat sesuatu tu niat ikhlas kerana Allah, jauhi sifat riak. Jngan buat sesuatu sebab nak orang nampak kita baik. Kalau macamtu, sia sia je amalan kita. Ibaratnya mencurahkan air ke daun keladi. Okay ? di kesempatan ini juga saya nak mohon maaf jika ada terkasar bahasa dan banyak menyinggung perasaan semua. Maklumlah, manusia tak terlepas dari kesala...