Kelayakan Penterjemahan

Hai assalamualaikum

Hanya dengan mengetahui dua bahasa seseorang itu boleh menjadi penterjemah yang baik.

Syarat utama menjadi seorang penterjemah ialah mengetahui bahasa sumber dan bahasa saaran , mengetahui topik yang akan diterjemahkan serta mengetahui  sasaran pembaca.

Mengetahui bahasa sumber dengan lebih mendalam supaya dapat menterjemahkannya dengan lebih tepat serta dapat membezakan makna dengan baik. Seterusnya mengetahui bahasa sasaran iaitu bahasa penerima. Haruslah lebih baik daripada bahasa sumber. Selain itu, mengetahui subjek dan bidang yang diterjemahkan, ianya sangat penting dalam penterjemahan teks-teks sastera dan teks-teks yang khusus. Kemudian , mengetahui teori terjemahan, ia bukan pindahkan perkataan sahaja, tetapi memindahkan idea, maklumat dan gaya. Akhir sekali mengetahui sasaran pembaca dan laras bahasa perlu dijaga. Contohnya, kalau sasarannya ialah kanak-kanak ,maka laras bahasa mestilah sesuai dengan kanak-kanak tersebut.

Tugas menterjemah bukanlah satu tugas yang mudah. Penterjemah perlu melengkapkan diri dengan pelbagai syarat dan kebolehan supaya dapat menterjemah sesebuah teks dengan baik.


Comments

Popular posts from this blog

POSITIVE VIBES

Kuliah 2 (Kelayakan Penterjemah)

Kuliah 6 (Menterjemah kata ganti nama)