Kuliah 2 (Kelayakan Penterjemah)

Assalamualaikum semua 😊

Haaa.... berkesinambungan dengan post sebelum ni yang berkaitan dengan definisi terjemah maka minggu ni kita kenalah tahu pula pasal kelayakan bagaimana untuk menjadi seorang penterjemah. Yang penting bukan senang tau nak jadi seorang penterjemah yang berkualiti hasil terjemahannya. Antara fakta yang salah tentang seorang penterjemah adalah mencukupi bagi mereka untuk menjadi penterjemah dengan mengetahui dua bahasa sahaja. Untuk pengetahun kalian semua bukan semudah itu ya.. 

Syarat utama seorang penterjemah: 
  • Mengetahui bahasa sumber
  • Mengetahui bahasa sasaran
  • Mengetahui topik atau subjek yang ingin diterjemah
  • Mengetahui teori yang ingin diterjemah
  • Mengetahui sasaran khalayak pembaca

Bahasa sumber ➨ Mestilah mengetahui dengan mendalam agar dalam menggunakan dan mentafsir dengan maksud yang tepat.

Bahasa sasaran ➨ Merupakan bahasa penerima. Mestilah lebih baik berbanding bahasa sumber atau setanding dengan bahasa sumber.

Topik atau subjek ➨ Perlulah mengetahui dengan mendalam topik yang dibawa oleh teks tersebut bagi menjamin ketepatan maklumat yang dipindahkan. Contoh teks yang berkaitan dengan feqah maka penterjemah tersebut perlulah mempunyai pengetahuan dan ilmu yang mendalam yang berkaitan dengan feqah bagi mengelakkan kesalahan dalam pemindahan maklumat.

Teori yang diterjemah ➨ Bukan diterjemah berdasarkan perkataan semata malah juga melalui maklumat. Perlu juga kepada pengetahuan.

Sasaran pembaca➨Gaya bahasa teks tersebut perlulah bersesuaian dengan sasaran pembaca. Sekiranya pembaca tersebut kanak-kanak maka pemindahan teks kepada bahasa sasaran juga perlulah mengikut laras bahasa yang bersesuaian.

posted by : Nazirathul 😍

Comments

Popular posts from this blog

POSITIVE VIBES

Kuliah 6 (Menterjemah kata ganti nama)