POSITIVE VIBES
Korang rasa gambar ini di ambil di mana? 😂
Hi, Assalamualaikum. Jumpa lagi saya kan? 💢 Gambar di atas tu kan, saya ambil sewaktu selesai latihan bola jaring di hadapan Kolej Tun Hussein Onn (KTHO). Waktu ni, saya tunggu bas. Tibatiba rasa kagum melihat langit ketika itu. Subhanallah. Maha suci Allah. Cantik kan korang? Cantik sangat. Dapat lihat kebesaran Allah itu satu nikmat. Ada dua nikmat yang patut kita syukur iaitu nikmat Islam dan Iman. Oleh yang demikian, marilah kita muhasabah diri kita kembali adakah kita sentiasa bersyukur dengan dua nikmat yang takpernah orang lain ada ini? Ada orang Allah kuniakan dia menjadi orang yang istimewa contohnya golongan Orang Kurang Upaya (OKU) tetapi dia sentiasa bersyukur dengan apa yang dia ada. Kita yang sempurna pendengaran, penglihatan dan sebagainya masih angkuh dengan perintah Tuhan. Bayangkan suatu hari nanti Allah tarik nikmat yang kita ada? 😟
Sentiasa perbaiki diri ke arah yang lebih baik ya kawan-kawan? 😍 InshaAllah kalau kita nak jadi baik, Allah akan hantar wasilah untuk tegur kita ke arah yang lebih baik. Salam persaudaraan buat semua.💜
post by balqis
Comments
Post a Comment