jenis terjemahan

Hai..assalamualaikum


Terdapat dua jenis terjemahan iaitu terjemahan tulisan dan lisan. 
Ciri-ciri terjemahan tulis  ialah ianya dilakukan secara bertulis serta penterjemah masih boleh membaiki kesilapan terjemah yang dilakukan. Terjemahan lisan pula ialah dilakukan secara lisan. Ia dilakukan secara langsung cepat &tepat. Penterjemah disyaratkan berkemampuan berbicara dengan lancar & fasih dalam bahasa Sumber dan bahasa Sasaran.

Menurut Robert Lado terjemahan terbahagi kepada dua iaitu faktual dan sastera.
Faktual ialah terjemahan yang memindahkan maklumat yang berbentuk fakta seperti terjemahan buku, surat khabar, surat-surat rasmi dan sebagainya. Ianya hendaklah ringkas, sederhana dan tidak mengelirukan. Terjemahan yang mengelirukan bukan sahaja menyesatkan malah boleh membawa kemudaratan kepada pembaca.
Sastera dilakukan untuk kepentingan kesenian & kesusasteraan seperti terjemahan prosa, puisi dan sebagainya. Kesilapan terjemah tidaklah terlalu mengelirukan pembaca atau memudaratkan.

Comments

Popular posts from this blog

POSITIVE VIBES

Kuliah 2 (Kelayakan Penterjemah)

Kuliah 6 (Menterjemah kata ganti nama)