Menterjemah frasa dan peribahasa

Hai assalamualaikum

Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.

Jenis-jenis frasa:

  • Frasa Idiomatik- Terbina daripada paduan dua perkataan atau lebih dan mengandungi makna khusus yang mungkin tidak boleh disimpulkan daripada makna-makna perkataan yang membentuknya dan disebabkan iti dikatakakan frasa-frasa ini tidak telus
  • Tarkib Idafi -Boleh diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagaimana susunan kata bahasa Arabnya, tanpa penambahan ataupun perubahan apapun.
  • Tarkib Wasfi
  • Taukid- Kata yang digunakan untuk menghilangkan keraguan orang yang diajak berbicara atau menguatkan maksud. Mempunyai lima perkataan  iaitu نفس،كل،عين،جميع وعامة
  • Badal wa Mubdal minhu- Contoh: Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah Tunku Abdul Rahman merupakan perdana menteri yang digelar bapa kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman adalah badal.
  • 'Ataf wa Ma'tuf Alayh - Dapat difahami sebagai golongan dua kata atau lebih secara sejajar dihubungkan dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi .Tiada masalah untuk menterjemahkan tarkib ini.

Peribahasa Arab 

Al-mathal ialah  kata-kata yang ringkas dan padat yang meniti di bibir, betul maknanya dan keadaan semasa menyerupai keadaan yang terdahulu. 

Al-mathal terbahagi kepada tiga iaitu:


 Al-mathal al-mujaz(peribahasa ringkas)
Al-mathal al-qiyasiy(cerita atau kisah)
Al-mathal al-khurafiy(peribahasa yang dibina oleh bangsa arab mengikut bahasa binatang)

Peribahasa Melayu

Terbahagi kepada empat jenis iaitu perumpamaan, simpulan bahasa, bidalan dan pepatah.

Perumpamaan: perbandingan makna yang sangat jelas dan terang. Kebiasaanya didahului dengan bagai,laksana dan sebagainya.

Simpulan bahasa: Ungkapan yang kebiasaannya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal yang dibawa oleh perkataan-perkataan tersebut. Contoh: makan gaji, senyum kambing dan sebagainya.

Bidalan: Peribahasa yang dicipta untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar. Contoh: "Jika pandai menggunting,hendaklah pandai menjahitnya".


Pepatah: Ungkapan yang berasal daripada pusaka adat resam,maknaya tidak berubah dan berfungsi sebagai pedoman hidup. Contoh: "Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai berkabur urai".


Teknik Menterjemah Peribahasa

1. Peribahasa sumber digantikan dengan peribahasa yang seerti dalam bahasa sasaran.
2. Menggunakan teknik pinjam terjemah
3. Teknik memperjelas makna
4. Proses gantian peribahasa



Comments

Popular posts from this blog

POSITIVE VIBES

Kuliah 2 (Kelayakan Penterjemah)

Kuliah 6 (Menterjemah kata ganti nama)