Menterjemah Kata Nama Khas

Hai assalamualaikum, 


Kata nama khas, merujuk kepada rujukan yang khusus sama ada orang, haiwan, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa dan seumpamanya. Kata nama khas tidak harus dipandang mudah kerana mempunyai makna tersendiri, terkandung sesuatu maklumat yang tidak dapat dilihat secara tersurat.

Kata nama khas dalam bahasa arab seperti علي tidak perlu diterjemahkan tetapi terdapat 2 perkara penting yang perlu diambil kira iaitu:

  • Tukar huruf kepada huruf rumi
  • Memulakan setiap perkataan dengan huruf besar
Sekiranya kata nama khas itu bahasa inggeris penterjemah perlu tahu memilih padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu. Kata nama Khas yang mempunyai makna tidak boleh diterjemahkan sama sekali. Jika ia melakukannya bermakna dia telah meakukan kesalahan yang berat. Contohnya: Longman (BI) menjadi لونجمان bukannya رجل طويل.

Nama Negara, Bandar dan Tempat
  • Mengekalkan nama bahasa sumber 
  • Menggantikan nama dalam bahasa sumber dengan padanan yang wujud dalam bahasa  sasaran
  • Contoh: al-Qahirah (BA)- Cairo(BI)-Kaherah(BM). Penterjemah boleh menggunakan kata nama yang sedia ada.
Nama Institusi 
  • Diterjemahkan menggunakan kaedah pinjaman penterjemahan.
  • Nama institusi ada yang dipinjam terus daripada teks sumber ke dalam bahasa sasaran.
Nama Jawatan dan Gelaran
  • Diterjemahkan mengikut kaedah pinjaman atau pinjam terjemah.
  • Memasukkan maklumat tambahan bagi nama jawatan atau gelaran yang tidak dapat dikenali sebagai membantu pembaca memahami maksud nama tersebut.
Nama Judul atau Peristiwa
  • Lazimnya dikekalkan.
  • Untuk nama peristiwa atau acara: ada yang diterjemahkan secara literal dan dikekalkan dalam teks sasaran.
3 cara khas untuk menterjemah Kata Nama Khas
  1. Mengekalkan kata nama asal.
  2. Menggantikan kata nama asal dengan kata lain.
  3. menggugurkan terus kata nama itu.

Comments

Popular posts from this blog

POSITIVE VIBES

Kuliah 2 (Kelayakan Penterjemah)

Kuliah 6 (Menterjemah kata ganti nama)