terjemahan teks sastera

Asslamualaikum semua, seperti mana yang kita tahu teks sastera terbahagi kepada banyak jenis. Antaranya ialah puisi, syair, pantun dan gurindam.Selanya prosa atau cerpen yang digunakan dalam novel itu dikatakan juga sebagai teks sastera. Puisi akan terhasil apabila seseorang itu melakukannya dengan emosi. Apabila emosi sedang baik, maka eloklah puisi yang dihasilkan dan apabila emosi yang sedang bersedih, makan puisi yang dihasilkan dengan perkataan yang sedih sepertimana perasaan pada ketika itu. Selain itu, kata-kata dalam puisi perlulah dipilih dengan betul dan teliti. Sekiranya tema puisi tersebut mengikut tema cinta misalnya, kata-kata yang digunakan perlulah lembut,halus dan sesuai dengan tema tersebut.

Terdapat banyak kaedah menterjemah puisi. Antaranya ialah menterjemahkan puisi mengikut prosa.Andre Lefevere memutuskan bahawa akan berlaku penyelewengan dari segi maksud atau makna yang terkandung dalam teks asal, nilai komunikatif dan sintaksis. walaupun pemesongan atau penyelewengan itu kurang sedikit daripada apa yang terhasil ketika kaedah metrikal atau literal digunakan. 

Selain itu, Safa' Khalusi turut menyatakan kaedah menterjemah boleh digunakan secara :

1)terjemahan tafsiriyyah 
2)terjemahan talkhisiyyah
3)terjemahan wazaniyyah

okaylah kawan-kawan. ini sahaja yang saya mahu kongsikan kepada anda semua. semoga bermanfaat yee.

                                                         posted:tyrah

Comments

Popular posts from this blog

POSITIVE VIBES

Kuliah 2 (Kelayakan Penterjemah)

Kuliah 6 (Menterjemah kata ganti nama)