Posts

Showing posts from April, 2019

kata kata semangat

Image
Hai, assalamualaikum gaissss, hari ni saya nak bercerita mengenai qoutes di atas๐Ÿ˜Š. Semua orang ada impian masing - masing , yang nak dekan,travel negara luar dan lain - lain. Nak capai satu impian itu bukan mudah mesti ada halangan yang kita kena tempuh. Kalau kita nak capai impian yang kita inginkan selama ini, kita kena bangun dan rancang sesuatu untuk kita capai impian itu. Dalam dunia ni tak ade benda yang senang semuanya kena usaha dulu nak dapatkan sesuatu. Bersusah susah dahulu kawan - kawan, susah manapun sesuatu benda yang kita buat, benda itulah yang kita akan ingat sampai kita berjaya๐Ÿ˜Š. Don't give up๐Ÿ’—

LARAS BAHASA

Image
๐Ÿ‘€ ASSALAMUALAIKUM SEMUA,  Minggu ni dah masuk minggu kesepuluh dah. Tinggal beberapa minggu lagi korang pasti akan merindui saya. Hehehehe. Okaylah sebelum nak share tajuk tentang laras bahasa, nak bagitau sikitlah yang harini ustazah belanja kami kek. Bukan satu kek tapi tiga kek. Ustazah belanja untuk meraikan hari lahir semua orang. Even birthday saya lambat lagi tapi tkpelah ustazah orang first kasi saya kek. Syukran yaa ustazah sebab belanja kami. ๐Ÿ˜€ Okay saya nak share tentang "Laras Bahasa". Takrif bahasa ini satu sistem lambang pertuturan yang arbitari dan digunakan oleh manusia untuk berhubung. ia juga merupakan alat perhubungan dan komunikasi. Takde bahasa mcam mana kita nak berkomunikasi dengan orang kan? betul tak? Takrif laras bahasa pula "gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu bahasa bermaksud variasi bahasa yang telah dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada tiap penutur.  Seterusnya, ciri-ciri laras bahasa mempunyai dua f...

LARIAN AMAL ISFEST 19

Image
Assalamualaikum dan selamat pagi semua! ๐Ÿ‘€ Okay korang, pagi ni saya nak share sikit pasal program saya Ahad yang lepas. Cuba teka program apa? Ha... Jeng, jeng, jeng,... Program larian amal tulah. Korang mesti lupa dah kan? Ish korang ni. ๐Ÿ˜„ Sehari sebelum program kan, kami buatlah persiapan tang terakhir bertempat di panggung seni. Buat demi buat kami tksedar sampai pukul5 pagi dah. Penat waktu tu, tuhan jee yang tahu. Sapa tkpenat kan? Tapi alhamdulillah ramai yang membantu. Allah permudahkan urusan kami. Kami siap kemas, balik kolej hanya mandi, solat dan menukar pakaian saja. Kiranya kami tkrehat pun. Penat bukan? Tapi tkpe Allah balaskan InshaAllah. Jangan pernah mengeluh.  Suasana pagi yang saya meriah dipenuhi dengan orang pada pukul 6.30pagi. Pada awalnya, sessi pendaftaranla smpai pukul 7.45pagi. Larian dilepaskan mengikut kategori lelaki dan perempuan. Terdapat jugak orang dari Kenya seramai 3orang. Orang kata orang Kenya ni lari laju. Waktu tu tkexpect apaapa ...

MINGGU KE8

Image
HI ASSALAMUALAIKUM❤ MASIH LAGI BERTEMU SAYA DI MINGGU KELAPAN NI. KIRANYA MESTI KORANG DAH BACA LAPAN BLOG SAYA KAN? SERONOK TAK?๐Ÿ’ฆ OKAY SAYA NAK SHARE SIKIT MULAI MINGGU NI MACAM PENUH SANGAT JADUAL BELAJAR. HUJUNG MINGGU NI ADA PROGRAM LARIAN AMAL ISFEST :( DOAKAN SAYA KUAT TAU?๐Ÿ˜“RASA MACAM NAK NANGES PUN ADA. DOAKAN SEMOGA NURUL FARAHANA BALQIS BINTI NADJMUDDIN CEKAL DAN TABAH MENGHADAPI LIKU-LIKU KEHIDUPAN YANG KIAN MENCABAR. SEMOGA DOA YANG BAIK ITU DIKEMBALIKAN KEPADA KORANG YANG MENDOAKAN JUGAK TAU.๐Ÿ˜– DOAKAN ASSIGNMENT SAYA CEPAT SIAP, DAN DIPERMUDAHKAN URUSAN. SEBENARNYA SAYA TAKUT UNTUK PROGRAM AHAD NI, FIRST TIME HANDLE PROGRAM. SAYA JADI AJK CENDERAMATA SO FAR OKAYLAH TAPI TETAP RASA TAKUT TU. PERANGAI SAYA MEMANG MACAM NI MUDAH TAKUT DAN KURANG YAKIN PADA DIRI. KAWAN-KAWAN SAYA SELALU PESAN UBAH PERANGAI JADI BERANI. TP.... EM SUSAHNYAAAA๐Ÿ˜ฃ DOAKAN SAYA TAU KORANG? DENGAN DOA KORANG MANATAU SAYA ADA KEYAKINAN TU. RABBI YASSIR WALAA TUASIR.๐Ÿ’– SORRY MINGGU NI TKDAPAT N...

CITRA KOLEJ

Image
Hai guys . berjumpa lagi eh kita ? ahahahahah . nak cerita la sikit pengalaman nak berlakon untuk citra ni . Serious maluu tapi fikir nak settle kan citra then boleh bebas after this . hmm . terima kasih korang banyak menyumbang idea untuk lakonan kita ni hahah walaupun agak barai masa berlakon tu . Bincang lain cakap lain HAHAHAH . Its okay , pengalaman kan kene perform depan fakulti lain . Aku cam awkward sikit dengan watak aku tadi . Serious tak reti nak berlakon jadi budak gedik , pemalas , asyik selfie je , pergi kerja lambat . Serious tak reti tapi i did it HAHAH . Menjadi jugak la kan dari tak jadi langsung . Tapi seronok tau berlakon . Kalau pandai la ye hahahah . Cam kitorang tadi barai gila . HAHHAHAHA . Apa apa pun , we did it guys ! im happy for tonight hahahah . Okay la guys . Dah lewat dah ni . Esok kelas STIAT pulak hmmmmm k . Selamat malam kawan kawan . love you .                              ...

BALAGHAHKUUUUU

wehhhh . excited gila masa kelas balaghah semalam . akak third year dapat 50 dari ust sebab markah die tinggi dalam kuiz balaghah . Aku be like "ha sape suruh tak study . kan dapat markah  rendah . MALAS!" hahah . its okay la . Nanti ade kuiz buat jela betul betul . study lebih sikit . Ingat mak ayah . Hntar jauh jauh untuk belajar bukan untuk santai santai kan . Korang cane ? okay tak exam ? aku doakan korang cemerlang dunia akhirat . Cuma terkejut sikit selama ni ust just bagi 10 ringgit je untuk budak yang markah tinggi balaghah, but yesterday i really shock . Ala takpelah . duit tak penting , ilmu tu penting . Okay bye . semoga kita berjumpa lagi .                                                  created by : tyrah

KELAS TAMA

Image
Assalamualaikum guys , apa khabar ? sihat ? cane kelas TAMA harini ? syok sangat bila ustazah kata kelas start kul 2:30 . boleh tidur jap kat surau fpi . HHAHAH . Harini saya kurang fokus la dalam kelas hmm . Mungkin sebab saya lapar kot . Asyik nak mengunyah je sampai ustazah cakap saya tak dengar pun . Kebetulan masa tengah mengunyah ustazah sebut pasal makan hahaha tersentak jap . Bukan sebab makan je saya tak fokus , fikirkan drama malam ni lagi adoiiii. Pening kepala . Kita dah la takde bakat dalam bidang lakonan ni, die suruhnya kita berlakon haih . Tapi takpelah , saya fikir bila dah settle lakonan ni , settle dah semua kerja saya . Lepas ni fokus larian amal je . Tu pun nasib baik 90% hampir siap. Semoga awak semua mendoakan saya agar dipermudahkan urusan okay ? Dan selamat maju jaya .๐Ÿ™ˆ                                                     ...

KAMPUNG HALAMAN

Image
Hai guys , hopefully tak pernah jemu untuk membaca penulisan di blog kami. hahahah . Harini saya terpanggil untuk menceritakan tentang kampung saya dan aktiviti saya di petang hari. Saya tinggal di kampung Sri Makmur Maran Pahang. Seronok sangat duduk dekat kampung tau . nyaman je . lain sangat dengan suasana bandar. Then, kurang kes samun and rompak . Pernah terjadi, tapi jarang sekali. Mostly kes camni berlaku dekat bandar. Okay back to the topik aktiviti saya di petang hari haha. Setiap petang saya akan keluar jalan jalan dengan rakan saya yang bernama Aqilah. Setiap hari dia ambil saya . Kalau saya balik dari ukm la. kalau saya tak balik kesian dia takde kawan heheh . Kami selalunya duduk duduk di taman sambil makan abc atau cendol camtu la . ha ! one more thing , kedai ABC dan cendol di kampung saya sangat sedap. jum la datang kampung saya. saya akan bawa korang makan ABC dan cendol . Bukan tu je tau , ade burger leleh guys !!! rugi tak cuba . cheese die melimpah ruah ahhahah . ...

ASSIGNMENT DAN CUTI !

Image
Hai korang !๐Ÿ˜€ How was your assignment ? saya tengah stress fikir assignment yang tak tau bila boleh siap hmmmm. saya harap korang tak malas macam saya HAHAHA. Dengan cuaca yang sangat panas ni sangat la lemah untuk saya meneruskan assignment. Tapi kalau fikir-fikir balik kalau malas buat kerja baik takyah belajar kan. ARGGHHH stress la macamni . Semoga Allah beri kekuatan kepada insan yang bernama NURUL ATHIRAH ni. Ni pun tergerak hati nak buat assignment sebab kawan paksa . terima kasih kawan . Sentiasa tegur aku disaat aku jadi malas macam orang takde masa depan hahaha. hm tu jela kot. takde mood la pulak . bye , see you when i see you !  ha ni la orang yag selalu paksa aku bila aku tak sedar diri hahahha                                                                             ...

KENDURI

Image
 Assalamualaikum Semua ! emmm , panas kan cuaca sekarang ๐Ÿ˜ฎ. seriously sangat panas. tapi saya tetap gagahkan diri untuk ke kenduri kakak sahabat saya. even tengan demam. tapi takpe, saya suka bila dapat berkumpul ramai-ramai lagi lagi dengan kawan yang saya sayang. Diorang pun sporting sangat. Untuk pengetahuan korang, mereka ni sahabat saya since we are in form1. Lama sangat kan. Ada yang since sekolah rendah. Kalau boleh setiap minggu nak berkumpul , bercerita masalah masing masing tapi apakan daya, masing-masing pun ada hala tuju kan. Semua dah besar. its okay ! Nanti dah besar dah kawin semua kita buatlah reunion okay ! hehehehe me love you guys .๐Ÿ™ˆ ni lah mereka yang saya cakap tu gambar sampingan muka budak demam hahah                                                           sincerely:tyrah

ME,MYSELF AND I HEHE !

Image
posted by:tyrah Hai Assalamualaikum, nama saya Nurul Athirah binti Abu Had. Umur saya 20 tahun . Birthday saya dah lepas dah 7/4/1999. Ramai wish tanpa hadiah tapi takpe tu pun dah cukup buat saya gembira hahaha. Saya lahir dekat Hospital Besar Seremban. Sewaktu saya darjah dua keluarga saya terpaksa berpindah ke Pahang atas urusan tertentu. Sedih sangat nak berpisah dengan kawan lama, tapi apakan daya , setiap pertemuan pasti ada perpisahan kan. ๐Ÿ˜ฅ Saya mempunyai 6 orang adik beradik dan saya yang paling bongsu sebab tu la saya yang paling comel hahaah. Hobi saya menyanyi seorang diri dan kadang kadang saya suka menghiburkan kawan-kawan saya dengan nyanyian saya walaupun sedikit sumbang tapi mereka tetap terima nyanyian saya. Itu lah definisi sahabat sejati haha. Cita-cita saya ingin menjadi seorang guru yang penyayang dan tidak garang supaya anak murid sayang saya. ehehe . okay lah saya rasa cukup sampai sini sahaja dan saya akan tunjukkan gambar insan-insan yang saya sayang di...

Hargai Pengorbanan Ibu dan Ayah

Image
Assalamualaikum semua๐Ÿ™‹ Pernah tak korang terfikir pengorbanan ibu dan ayah terhadap kita? Banyak pengorbanan ibu dan ayah terhadap kita dari kecil sampailah kita dewasa sekarang. Pernah tak korang terfikir nak balas jasa ibu dan ayah? tipulah kalau kita tak nak balas jasa ibu ayah kita. Anak mana yang nak tengok ibu ayah sedih. Satu hari saya dan kawan-kawan pergi kenduri. Sewaktu saya naik LRT dari Pasar Seni ada seorang pak cik duduk dengan keadaan yang tak terurus.Pak cik tu bawa satu beg plastik besar dan bau yang kurang menyenangkan. Semua orang dlm LRT tutup hidung masing-masing termasukla saya,sebab saya kurang sihat.Bila saya tengok pak cik tu saya rasa sebak sebab teringat mak ayah saya di rumah.๐Ÿ˜ข Yelah da lama tak balik rumah, pak cik tu pulak lebih kurang umur ibu ayah kita jer. Saya tak boleh nak buat andaian macam - macam sebab kita tak tau pak cik tu da kahwin ke belum, ada anak ke tak kan? saya doa harap pak cik tu dalam keadaan selamat.Kawan-kawan besar ma...

First program !!!

Image
Assalamualaikum kawan-kawan ๐Ÿ˜Š Blog kali ni nak cerita pasal kami kena uruskan satu program ni. Program ni yang pertama tau kami uruskan. Jadi macam-macam lah dugaan dan kami jadi tak tentu arah pun ada. Maklumlah mana ada pengalaman urus program macam ni. Program ni pula boleh dikatakan program besar juga. Mana tak gementar, yelah kalau kita buat salah mesti akan ada jejasnya dekat program. Kali ni kami berempat terpisah. Saya dan Su ajk pendaftaran, Balqis dengan Athirah pulak cenderamata. Macam-macam lah kalau ikutkan rasa tak mampu. Cehhhh, padahal malas nak urus.hahhahh๐Ÿ˜‚. shhhhhh!!! Jangan kecoh-kecoh tau kalau pengarah kami tau ni habis lah. Yelah mana taknya kami yang mengada sangat nak isi nama jadi ajk lepas tu nak tarik diri pulak dengan alasan tak boleh buat kerja. Hisshhhh memang makan kaki lah jawabnya. Takpe kita kekal positif fikir banyak pengalaman kita akan dapat dari program ni.Sekarang ni kami masih lagi mencari peserta untuk cukupkan kouta penyertaan . Doakan ka...

Muzium kesenian Islam & PWTC !!!!

Image
Assalamualaikum semua ๐Ÿ˜, Apa khabar semua ? Sihat? Haa macam mana cuti midsem kali ni ? Seronok tak ? Mesti lah seronok kan.  Baiklah penulisan kali ni nak kongsi pengalaman kami ke Muzium Kesenian Islam.Kami pergi ke sana dalam tiga empat hari sebelum cuti midsem ni.Bukan apa kalau boleh lepas balik dari midsem ni tinggal nak siapkan assignment je. Sepanjang kami ke muzium, kami naik pengangkutan awam je. Dapatlah belajar cara naik LRT kan. Maklumlah dekat Pahang ni mana ada LRT. Kami pergi sana dengan kawan-kawan sekelas kami. Memang ramai lah dengan geng kami sahaja. Dekat muzium sana macam-macam perkara baru kami dapat dan antara perkara yang sangat kagumkan saya adalah bila dapat tengok sendiri dengan mata kepala kain kiswah kaabah. Kain kiswah tu yang asal tau. Memang besar lah. Meremang bulu roma masa pertama kali ternampak kain kiswah tu dekat muzium. Maklumlah dalam hati ni niat dah lama dah nak ke Mekah. Tak dapat buat haji buat umrah pun jadilah. Kalau t...

Kem SOD !!!

Image
Assalamualaikum semua ๐Ÿ˜Š..  Blog kali ni nak kongsi dengan semua pengalaman saya ke Kem Sod. Kem ni sebenarnya kem di mana mereka nak latih kami untuk jadi seorang pendakwah yang berjaya satu hari nanti. Bukan setakat di universiti sahaja malah di luar juga . Berbakti kepada masyarakat dan ummah . Berdasarkan kem ni banyak benda baru yang kami dapat tau. Di samping kami dapat tambah kenalan baru. Buat pengetahuan kamu semua peserta-peserta yang hadir dalam kem ni bukan daripada FPI sahaja tau. Fakulti lain pun ada. Haa..jangan ingat fakulti lain tak boleh berdakwah ehh.๐Ÿ˜‡. Antaranya pelajar dari Fakulti Kesenian Alam Bina, Sains Sosial Kemanusiaan dan Fakulti Sains Kesihatan pun ada juga tau. Perkara yang tak boleh kami lupakan adalah bila mereka kongsikan sendiri dengan kami skop pelajaran. Banyak lah benda baru yang kami dapat dan rasa rendah diri tu adalah sikit dalam diri ni. ahahhahah๐Ÿ˜‚. Mana taknya saya jabatan bahasa je mereka siap kene belajar pasal badan manusia dan b...

Usrah Teletubies !

Image
Assalamualaikum kawan-kawan ๐Ÿ˜ Kakak naqibah kami dua orang yag duduk tu. (Kak Anis & Kak Pinat) Dah lama dah tak kongsi dalam blog ni.Maklumlah masing-masing sibuk dengan assignment dan aktiviti masing-masing kan. Baiklah blog kali ni saya nak kongsi tentang usrah. Sebenarnya dari sem 1 dah kami join usrah ni. Maklumlah nak isi masa lapang kan . Sekurangnya ada juga lah pengisian dalam seminggu tu selain dapat eratkan hubungan silaturrahim. Sebenarnya bila cakap pasal usrah je boleh jadi tak cukup masa nak kongsi kat sini sebab banyak sangat pengalaman yang seronok dan tak dapat dilupakan๐Ÿ˜‚. Dalam setiap usrah ni sebenarnya ada akak senior tau atau lebih kenali sebagai naqibah usrah dan yang paling menariknya kat sini nak kongsi dengan semua yang kami dapat akak naqibah yang sama tau dengan sem 1 . Nama dia Kak Anis Natasha. Kak Anis ni baik gila sebab tak pernah marah kita orang pun walaupun kita orang banyak kali lambat datang usrah. hahhhaa๐Ÿ˜† Sebenarnya serba salah juga ...

sahabat

Image
Assalamualaikum semua, Hari ini saya ingin menceritakan mengenai sahabat.. Apa itu sahabat? Ada orang kata sahabat ialah orang yang sanggup bersama waktu susah dan senang. Sahabat yang baik adalah orang yang mampu mengisi kekurangan kita. Kita bergaduh, berperang mulut tetapi hubungan itu akan baik sediakala. Itu semua akan manjadikan kita lebih mengenali antara satu sama lain. Paksi persahabatan adalah kasih sayang, kejujuran dan keikhlasan. Dialah yang menyimpan rahsia kita serta keaiban kita. Mungkin kita telah melakukan kesalahan tetapi mereka tidak pernah meninggalkan kita tetapi menegur setiap kesalahan yang kita lakukan. Sahabat juga orang yang sentiasa mendoakan kita walau di mana kita berada. Hargailah persahabatan ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Kem Muaskar Lughawi

Image
Hai, Assalamualaikum semua..๐Ÿ™‹ Pada hari jumaat bertarikh 1 Mac 2019 saya dan kawan kawan bertolak ke Institut Latihan dan Kefahaman Islam (ILMI) anjuran Pusat Rantau Timur Tengah dan Nusantara. Kami bergerak pada pukul 230 selepas solat jumaat dan tiba pada pukul 4.30 petang.Kami diberi taklimat dan peraturan yang perlu diikuti semasa berada di sana. Pada waktu malam merupakan slot ice breaking yang diketuai oleh anggota di sana. Pada hari sabtu pula selepas solat subuh berjemaah, kami bergerak ke padang kawad dan membuat pelbagai PT. Ianya sangat memenatkan apabila saya sudah lama tidak membuatnya ,ia membuatkan kedua dua kaki saya sakit ๐Ÿ˜ฅ. Setelah bersarapan kami diteruskan dengan slot kedua iaitu explorace. Sebanyak lapan checkpoint disediakan dan berbagai aktiviti yang sangat bermanfaat serta banyak perkataan baru dipelajari. Pada slot seterusnya iaitu membuat poster melalui kata -kata hikmah yang diberi . Kata - kata hikmah tersebut harus kami terjemahkan ke dalam ba...

Road to KL

Image
Assalamualaikum semua, ✋              Semua sihat? Saya harap semua sihat dan ceria.                         Pagi yang mulia ni, saya nak berkongsi sedikit pengalaman saya pergi ke muzium kesenian islam. Saya pergi bersama rakan sekelas saya pada minggu lepas. Kami berkumpul di ktm UKM pada jam 11 pagi. Kami naik ktm ukm sehingga ke kl sentral kemudian menaiki lrt ke pasar seni. Sampai di sana, kami berjalan kaki sehingga sampai ke muzium. Perjalanan ke muzium mengambil masa selama 12minit.         Tiket masuk muzium ialah RM7. Harga yang sangat berbaloi bagi pelajar. Muzium kesenian terdiri daripada empat tingkat iaitu LG, G, 1 dan 2. Kami mengambil masa selama satu jam di dalam muzium tersebut. Dalam muzium tersebut, tidak dibenarkan merakam video hanya di benarkan mengambil gambar sahaja. Saya sangat teruja melihat keluasan muzium te...