Road to KL
Assalamualaikum semua, ✋
Semua sihat? Saya harap semua sihat dan ceria.
Pagi yang mulia ni, saya nak berkongsi sedikit pengalaman saya pergi ke muzium kesenian islam. Saya pergi bersama rakan sekelas saya pada minggu lepas. Kami berkumpul di ktm UKM pada jam 11 pagi. Kami naik ktm ukm sehingga ke kl sentral kemudian menaiki lrt ke pasar seni. Sampai di sana, kami berjalan kaki sehingga sampai ke muzium. Perjalanan ke muzium mengambil masa selama 12minit.
Setelah selesai, kami makan tengahari di kafetaria JAWI yang berdekatan dengan muzium tersebut. Usai makan, kami pergi menunaikan solat zohor di Masjid Negara. Saya berasa kagum kerana ramai pelancong dari luar negara datang melawat masjid samada islam ataupun bukan islam. Jika mereka bukan islam, mereka akan memakai pakaian masjid yang berwarna ungu bagi menghormati masjid tersebut. Kami menunggu sehingga masuknya azan asar dan kami menunaikan solat asar.
Selepas solat, kami pergi ke pwtc. Kami pergi menaiki lrt. Saya tkpandai sangat naik lrt, saya cuma mengikuti sahaja. Di samping itu, saya dapat pengalaman baru menaiki lrt. Banyak jugaklah transit untuk pergi ke sana. Mula-mula tu sesat jugaklah. Tapi kami banyak tanya orang untuk ke destinasi tersebut. Sampai di sana, kami mengambil masa selama dua jam untuk membeli belah kemudian kami akan berkumpul semula di tempat yang ditetapkan.
Setelah penat membeli belah, kami bergerak pulang ke ukm. Kami menaiki ktm untuk pulang ke UKM. Kami menaiki ktm pada jam 10.05 malam. Sampai di UKM jam 11 malam. Hari yang sangat penat dan seronok. Banyak perkara baru yang saya dapat. Itu sajalah perkongsian saya pada pagi ini. Kesimpulannya, malu bertanya sesat jalan. 👌
Btw, Salam Jumaat yang penuh barakah semua.
Al-Kahfi jangan lupa ye?😚
POST BY BALQIS
Comments
Post a Comment