Muzium kesenian Islam & PWTC !!!!
Assalamualaikum semua π,
Kali ni kami naik pengankutan awam je , jadi tak lah mahal sangat. Murah je. Jimat lah duit kat situ. Sampai je dekat PWTC memang masing-masing teruja gila . Yelah dah nampak buku banyak gila pastu harga pulak murah kan. Siapa tak gila. Tapi bagi saya lah siapa yang kaki novel tu memang patut lah datang sini sebab novel dekat sana murah betul. Kalau macam buku motivasi ke apa ke selain novel murah jugak tapi tak semurah novel lah.
Macam-macam orang hebat kami jumpa tau. Tapi maklumlah nak bergambar tu segan sikit.Akhirnya dapat beli buku je.Tak bergambar pun. Kalau teringat balik kejadian masa tu nak tergelak pun ada. hahhahhahπ
Kesimpulannya, jauh perjalanan luas permandangan. Bak kata orang pengalaman tu merupakan satu perkara yang sangat berharga. Tak ternilai dan tak boleh dibeli dimana-mana.π
posted by:nazirathul
Apa khabar semua ? Sihat? Haa macam mana cuti midsem kali ni ? Seronok tak ? Mesti lah seronok kan.
Baiklah penulisan kali ni nak kongsi pengalaman kami ke Muzium Kesenian Islam.Kami pergi ke sana dalam tiga empat hari sebelum cuti midsem ni.Bukan apa kalau boleh lepas balik dari midsem ni tinggal nak siapkan assignment je.
Sepanjang kami ke muzium, kami naik pengangkutan awam je. Dapatlah belajar cara naik LRT kan. Maklumlah dekat Pahang ni mana ada LRT. Kami pergi sana dengan kawan-kawan sekelas kami. Memang ramai lah dengan geng kami sahaja. Dekat muzium sana macam-macam perkara baru kami dapat dan antara perkara yang sangat kagumkan saya adalah bila dapat tengok sendiri dengan mata kepala kain kiswah kaabah. Kain kiswah tu yang asal tau. Memang besar lah. Meremang bulu roma masa pertama kali ternampak kain kiswah tu dekat muzium. Maklumlah dalam hati ni niat dah lama dah nak ke Mekah. Tak dapat buat haji buat umrah pun jadilah.
Kalau tengok kiswah kaabah sahaja dah besar, macam mana lah tengok kaabah yang sebenar. Mesti besar kan. Ya Allah rasa keciknya diri ni.
Ni lah replika masjid yang kami pilih π |
Sebenarnya kami ke muzium tu bukan saja-saja tau ada sebabnya. Kami ditugaskan memilih satu tajuk sesuai berdasarkan lawatan kami kesana. Jadi saya dan Su memilih nak buat laporan tentang masjid Taj Mahal.
Habis je lawatan ke muzium, kami pun singgah solat di Masjid Negara. Maklumlah orang luar mana pernah datang dekat Masjid Negara ni. Walaupun orang Malaysia. Jadi di kesempatan belajar dekat tempat orang ni kita berjalan lah puas-puas. Bila lagi kan kita nak sampai sini.
Sampai je dekat masjid kami tengok ramai betul pelancong luar datang nak melawat masjid. Mereka kene pakai satu jubah warna ungu tau untuk bezakan antara muslim dan non-muslim. Tambahan pula lebih sopanlah kan. Sebab kebanyakan daripada mereka tak menutup aurat dengan sempurna. Kebetulan sampai je kami di masjid hujan turun lebat gila sampai ada kilat dan guruh lagi. Kami pun duduk lah dekat masjid sampai solat Asar.
Siap je solat Asar kami pun bergerak dari masjid. Nasib lah kami bawa payung tau bolehlah kongsi dengan budak-budak ni. Sebenarnya memang kami dah rancang nak pergi pesta buku dekat PWTC. Yelah dah alang-alang keluar kan. Lagi pun tak pernah sampai pun dekat sana. Dulu zaman sekolah cikgu selalu buat lawatan ke sana. Tapi tak pernag pergi pun sebab kena bayar duit bas lagi dan kena ada duit belanja dekat sana lagi. Hishh tak ke mahal kalau macam tu.
Selfie dalam Masjid Negaraπ |
Kali ni kami naik pengankutan awam je , jadi tak lah mahal sangat. Murah je. Jimat lah duit kat situ. Sampai je dekat PWTC memang masing-masing teruja gila . Yelah dah nampak buku banyak gila pastu harga pulak murah kan. Siapa tak gila. Tapi bagi saya lah siapa yang kaki novel tu memang patut lah datang sini sebab novel dekat sana murah betul. Kalau macam buku motivasi ke apa ke selain novel murah jugak tapi tak semurah novel lah.
Macam-macam orang hebat kami jumpa tau. Tapi maklumlah nak bergambar tu segan sikit.Akhirnya dapat beli buku je.Tak bergambar pun. Kalau teringat balik kejadian masa tu nak tergelak pun ada. hahhahhahπ
Kesimpulannya, jauh perjalanan luas permandangan. Bak kata orang pengalaman tu merupakan satu perkara yang sangat berharga. Tak ternilai dan tak boleh dibeli dimana-mana.π
posted by:nazirathul
Buku Thirah beliπ |
Kenangan di Masjid Negaraπ |
Comments
Post a Comment