Usrah Teletubies !

Assalamualaikum kawan-kawan 😍

Kakak naqibah kami dua orang yag duduk tu.
(Kak Anis & Kak Pinat)

Dah lama dah tak kongsi dalam blog ni.Maklumlah masing-masing sibuk dengan assignment dan aktiviti masing-masing kan. Baiklah blog kali ni saya nak kongsi tentang usrah. Sebenarnya dari sem 1 dah kami join usrah ni. Maklumlah nak isi masa lapang kan . Sekurangnya ada juga lah pengisian dalam seminggu tu selain dapat eratkan hubungan silaturrahim. Sebenarnya bila cakap pasal usrah je boleh jadi tak cukup masa nak kongsi kat sini sebab banyak sangat pengalaman yang seronok dan tak dapat dilupakanπŸ˜‚. Dalam setiap usrah ni sebenarnya ada akak senior tau atau lebih kenali sebagai naqibah usrah dan yang paling menariknya kat sini nak kongsi dengan semua yang kami dapat akak naqibah yang sama tau dengan sem 1 . Nama dia Kak Anis Natasha. Kak Anis ni baik gila sebab tak pernah marah kita orang pun walaupun kita orang banyak kali lambat datang usrah. hahhhaaπŸ˜†Sebenarnya serba salah juga tapi biasalah manusiakan. Takpe lain kali kita cuba perbaiki lagi diri kita ke arah yang lebih baik.

Ni lah Kak Yana kami😍

Untuk sem ni pulak kami dapat kakak usrah baru tau namanya Kak Yana . Kak Yana ni pun baik tau. Pendek kata kebanyakan akak usrah ni semua baik-baiklah. Oh satu perkara lagi lupa nak bagi tau yang saya dan Balqis satu usrah . Suhada dan Athirah satu usrah. Haa kali ni kami terpisah. Biasa berempat je kan. 

Baiklah dah alang-alang buka cerita pasal usrah ni kan nak cerita lah pasal satu peristiwa ni.Ada satu hari ni Kak
Yana nak buat usrah ganti dengan kami. Tapi usrah kali ni Kak Yana je sebab Kak Anis ada hal. Jadi berjalanlah aktiviti usrah kami macam biasa . Habis usrah je budak-budak ni ajak Kak Yana sarapan sekali. 

Selfie dulu sebelum tahu keadaan kereta Kak YanaπŸ˜…

Tapi kan nak tau tak apa yang jadi rupanya lepas habis je kami makan Kak Yana minta tolong kami angkat kereta dia. Sebab kereta Kak Yana masuk tayar dia lekat kat para jalan tu.Kami dengan yakinnya pergilah sebab nak tolong Kak Yana. Yelah kan kesian lah Kak Yana dah susah payah datang kolej kami sebab nak buat usrah ganti kat kami semua pastu kereta pulak tersangkut. Sampai je dekat kereta Kak Yana kami tengok keadaan kereta tu macam kami tak boleh bantu apa-apa je πŸ˜…. Tapi kan mujur lah ada Fatin . Fatin ni berani betul dia lah pergi ketuk kereta orang sebelah. Kebetulan orang sebelah kereta Kak Yana tu lelaki. Kami pun minta tolong lah lelaki tu tolong keluarkan kereta Kak Yana. Sebenarnya kan Kak Yana segan dengan lelaki tu tapi sebabkan kami macam biasa je dan kami pun tak boleh nak tolong Kak Yana jadi keadaan jadi macam biasa lah. 

Jadi kesimpulannya, kita kenalah tolong-menolong. Masa orang susah kita tolong mana tau masa kita susah Allah akan hadirkan orang untuk tolong kita pula. Walaupun kadang bukan orang yang kita pernah tolong tu yang akan tolong kita. Mungkin orang lain yang akan tolong kita. Betul tak. 

Posted by: Nazirathul


Comments

Popular posts from this blog

POSITIVE VIBES

Kuliah 2 (Kelayakan Penterjemah)

Kuliah 6 (Menterjemah kata ganti nama)