ME,MYSELF AND I HEHE !

posted by:tyrah

Hai Assalamualaikum, nama saya Nurul Athirah binti Abu Had. Umur saya 20 tahun . Birthday saya dah lepas dah 7/4/1999. Ramai wish tanpa hadiah tapi takpe tu pun dah cukup buat saya gembira hahaha. Saya lahir dekat Hospital Besar Seremban. Sewaktu saya darjah dua keluarga saya terpaksa berpindah ke Pahang atas urusan tertentu. Sedih sangat nak berpisah dengan kawan lama, tapi apakan daya , setiap pertemuan pasti ada perpisahan kan. 😥 Saya mempunyai 6 orang adik beradik dan saya yang paling bongsu sebab tu la saya yang paling comel hahaah. Hobi saya menyanyi seorang diri dan kadang kadang saya suka menghiburkan kawan-kawan saya dengan nyanyian saya walaupun sedikit sumbang tapi mereka tetap terima nyanyian saya. Itu lah definisi sahabat sejati haha. Cita-cita saya ingin menjadi seorang guru yang penyayang dan tidak garang supaya anak murid sayang saya. ehehe . okay lah saya rasa cukup sampai sini sahaja dan saya akan tunjukkan gambar insan-insan yang saya sayang dibawah ni. so, let see ! its a wrap ! ♪♪
my beloved friends !
kumpulan nasyid elsufiyya bersama ustaz yang paling sporting !
my love ever!

Comments

Popular posts from this blog

POSITIVE VIBES

Kuliah 2 (Kelayakan Penterjemah)

Kuliah 6 (Menterjemah kata ganti nama)