Kem Muaskar Lughawi

Hai, Assalamualaikum semua..πŸ™‹


Pada hari jumaat bertarikh 1 Mac 2019 saya dan kawan kawan bertolak ke Institut Latihan dan Kefahaman Islam (ILMI) anjuran Pusat Rantau Timur Tengah dan Nusantara. Kami bergerak pada pukul 230 selepas solat jumaat dan tiba pada pukul 4.30 petang.Kami diberi taklimat dan peraturan yang perlu diikuti semasa berada di sana. Pada waktu malam merupakan slot ice breaking yang diketuai oleh anggota di sana.


Pada hari sabtu pula selepas solat subuh berjemaah, kami bergerak ke padang kawad dan membuat pelbagai PT. Ianya sangat memenatkan apabila saya sudah lama tidak membuatnya ,ia membuatkan kedua dua kaki saya sakit πŸ˜₯. Setelah bersarapan kami diteruskan dengan slot kedua iaitu explorace. Sebanyak lapan checkpoint disediakan dan berbagai aktiviti yang sangat bermanfaat serta banyak perkataan baru dipelajari. Pada slot seterusnya iaitu membuat poster melalui kata -kata hikmah yang diberi . Kata - kata hikmah tersebut harus kami terjemahkan ke dalam bahasa melayu dan dibentangkan di hadapan. Kemudian pada slot yang keempat , kami bergerak ke masjid kampung untuk bergotong royong. Kami ke sana dengan menaiki trak askar😍. Ia merupakan pengalaman pertama menaikinya dan sangat teruja. Kami dihidangkan dengan pelbagai makanan yang disediakan oleh ajk masjid di situ. Pada waktu malam kami diberikan peluang berbincang sesama ahli kumpulan untuk lakonan yang akan diadakan pada hari esoknya.


Pada hari terakhir kami ILMI, merupakan hari terakhir untuk kami berkawad dan kami berlari dan berjalan mengelilingi kampung,ianya amat menyeronokkan serta memenatkan. Apabila kami sampai di bukit ,kami diminta untuk berhenti untuk membuat PT iaitu pumping serta aktiviti kawad yang lain. Pada slot terakhir, kami diberi masa untuk membuat persiapan diri untuk aktiviti lakonan. Pelbagai lakonan yang sangat menarik dan menghiburkan  berdasarkan tajuk yang diberiπŸ˜‚. Seterusnya merupakn penutupan bagi kem Muaskar LughawiπŸ˜₯ dan bergambar untuk kenangan.


Pada pendapat saya kem ini sangat bermanfaat kerana banyak benda baru yang dipelajari melalui kem ini. Semoga kem seperti ini akan diteruskan untuk pelajar yang akan datang.😊😊

Itu sahaja dari saya..jemput baca semuaπŸ˜‰







Comments

Popular posts from this blog

POSITIVE VIBES

Kuliah 2 (Kelayakan Penterjemah)

Kuliah 6 (Menterjemah kata ganti nama)