Posts

KPD

HI ASSALAMUALAIKUM💢 Jumpa lagi kita yep? Pada pagi ni, saya nak berkongsi sedikit tentang Kejohanan Piala Dekan Fakulti Pengajian Islam atau lebih dikenali dengan KPD. Objektif program ini ialah dapat mencungkil bakat pelajar FPI dalam pelbagai acara sukan. Antara acara sukan yang dipertandingkan ialah bola sepak, bola jaring, catur, ping pong, bola tampar, futsal dan badminton. Acara ini dipertandingkan mengikut jabatan masing-masing.  Cuba teka saya wakil acara apa? 👀 Saya wakil acara bola jaring lah. hehehe. Posisi saya ialah WA (wing attack). Dalam permainan ni kan, ada 7 orang main dan 3 lagi simpanan. Last saya masuk wakil sekolah waktu saya form5. Lama dah tinggal main BJ ni. Tapi takpelah kita cuba nasib lagi tahun ni.😂 Mana taknya, saya cepat pancit dah sekarang berbanding dulu.😇 Sebab apa ye? Ada tips tak? haa waktu 9first game tu hari isnin 25/3 terpaksa hold dulu permainan sbbnya hujan. So, kami main hari selasa 26/3. Hari Selasa tu ada 2 game. Game pertama kami...

BIODATA !!!

Image
Hai, assalamualaikum semua.....   Nama diberi Noor Suhada Binti Hairul Jamri (boleh panggil sue 🤗) ,berasal dari bentong pahang.Saya anak sulung dari 3 beradik.Lahir pada 11 Jun 1999(jangan lupa bagi hadiah😜😜) . Saya merupakan lepasan STAM dari Kulliah Al Lughah Waddin As Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang.. (satu sekolah bersama balqis dan nazirathul).Cita-cita saya ingin menjadi seorang penterjemah ataupun pensyarah (inshaallah😊😊)

OPKIM

Image
Perjalanan ke Padang Piol Assalamualaikum semua 😊, berjumpa lagi kita .. Blog kali ni saya nak ceritakan pasal pengalaman kami sepanjang berada di Jerantut Pahang. Minggu lepas saya, Balqis, Athirah dan Suhada sertai program Jalinan Kasih 2.0 anjuran ISIUKM tau. Seronok betul program tuh. Tapi sayangnya kami hanya tinggal selama tiga sahaja dekat sana. Bak kata orang tak puas lagi nak merantau tempat orang tak gitu😏. Sebelum itu lupa nak kongsi nama kampung yang kami pergi ni. Nama kampung tu ialah Kampung Padang Piol.  Program Jalinan Kasih ni sebenarnya program anak angkat dan mak ayah angkat. Anak angkat akan ditentukan oleh jawatankuasa siapa keluarga angkat kita. Tapi tanpa rancang saya , Balqis dan Athirah dapat keluarga angkat yang sama. Jadinya kami ni adik-beradik angkatlah kiranya hahahhaha 😏.Jadi lepas daripada itu maka dapatlah gelaran Along, Ngah dan Adik. Cuba teka siapa adik tu? Jeng jeng jeng.. hahahahah . Adik tu sayalah. Memandangkan antara kami bertiga ...

POSITIVE VIBES

Image
Korang rasa gambar ini di ambil di mana? 😂 Hi, Assalamualaikum. Jumpa lagi saya kan? 💢 Gambar di atas tu kan, saya ambil sewaktu selesai latihan bola jaring di hadapan Kolej Tun Hussein Onn (KTHO). Waktu ni, saya tunggu bas. Tibatiba rasa kagum melihat langit ketika itu. Subhanallah. Maha suci Allah. Cantik kan korang? Cantik sangat. Dapat lihat kebesaran Allah itu satu nikmat. Ada dua nikmat yang patut kita syukur iaitu nikmat Islam dan Iman. Oleh yang demikian, marilah kita muhasabah diri kita kembali adakah kita sentiasa bersyukur dengan dua nikmat yang takpernah orang lain ada ini? Ada orang Allah kuniakan dia menjadi orang yang istimewa contohnya golongan Orang Kurang Upaya (OKU) tetapi dia sentiasa bersyukur dengan apa yang dia ada. Kita yang sempurna pendengaran, penglihatan dan sebagainya masih angkuh dengan perintah Tuhan. Bayangkan suatu hari nanti Allah tarik nikmat yang kita ada? 😟 Sentiasa perbaiki diri ke arah yang lebih baik ya kawan-kawan? 😍 InshaAl...

IBU ANGKAT

Image
Assalamualaikum geng! jumpa lagi ye kita?❤👀  harini saya nak cerita sedikit tentang kem yang saya join iaitu Operasi Khidmat Masyarat (OPKIM) 2.0 bertempat di Jerantut, Pahang. Hehehe sebenarnya join pun sebab nak hilangkan homesick even tkbalik rumah sendiri.😜 Perjalanan kami ke Jerantut mengambil masa sebanyak 4jam jugaklah.  Kami sampai kat sana 10malam sebab kami bertolak lewat sedikit dari UKM. Tiba di sana, kami disambut dengan begitu meriah sekali oleh warga Padang Piol. Hehehe. Kalau ada orang Padang Piol baca blog ini, saya ucapkan jutaan terimakasih yang tak terhingga kerana memberikan komitmen yang baik sepanjang program ini dijalankan. Pembahagian anak angkat dijalankan. Selesai sesi pembahagian anak angkat, kami pun pulang ke rumah ibu dan bapa angkat kami. Layanan ibu dan bapa angkat kami sangat baik sepanjang kami tinggal di rumah mereka dari segi pakaian, tempat tinggal dan makanan. 👍😄 Program pertama kami pada pagi Sabtu itu, solat Subuh berje...

Poster Poster Poster !

Image
Buat persiapan sebelum pembentangan Assalamualaikum semua.. Apa khabar? Bertemu lagi kita pada blog kali ni. Hari ni nak cerita pasal pengalaman kita orang punya pembentangan. Minggu lepas pensyarah kami ada bagi tugasan untuk buat poster bagi subjek fiqh ibadat munakahat. Kami ditugaskan untuk membuat tajuk "Puasa". Bukan itu sahaja, kami kene masuk pertandingan poster infografik bagi siapa yang nak markah bonus. Jadi kami pun isi lah nama . Walaupun hakikatnya memang tak yakin pun menang. Yelah kan kami ni tak adalah kreatif mana.  Sepanjang pembikinan poster, macam-macam dugaan yang kami dapat. Mula-mula Suhada sakit lepas itu saya pulak sakit. Dah siap poster kene cetak pulak dan kene pastikan hantar pada hari isnin juga sebab pertandingan poster yang pensyarah kami tugaskan itu akan berlangsung pada hari rabu. Tapi kan nak dijadikan cerita pada hari kejadian lepas habis je kelas Sejarah Tamadun Islam Asia Tenggara kami terus ke dewan . Yelah nak tengok hasil poster k...

ENGLISH CAMP

Image
Assalamualaikum. Hi korangggg.❤ Long time no see kan? 👀 Heeheeh. Okay harini saya nak cerita sikit input yang saya dapat daripada kem bahasa inggeris minggu lepas. Firsly, nak ucapkan jutaan terima kasih kepada lajnah bahasa kerana dapat membuat satu program yang mana bagi saya sangat santai dan seronok.👏 Walaupun mereka lakukan aktiviti ini pada hujung minggu, tp saya sangat respect dengan kawan-kawan yang dapat hadir. 👍Maklumlah, kalau hari cuti susah sikitkan kalau nak pergi program ni. Pada awalnya pun rasa berat hati nak pergi tapi bila pergi syok lah. 😀   Program ni dilakukan kat Dataran Canselori. Pendaftaran mula dari 7.30- 8.30 pagi. Tapi saya dgan kawan-kawan naik bas pukul8 pagi. Kalau hari cuti ni susah sikit nak dapatkan bas. Sebab bas zon6 je yang ada. Okay gais, lepas smpai tu kan mcam biasalah pendaftaran. Aktiviti pertama kami main satu game dalam bulatan. Seronok jugaklah waktu tu. Apa yang saya dapat daripada game tu, sentiasa alert dengan sesuatu arahan...