Poster Poster Poster !

Buat persiapan sebelum pembentangan
Assalamualaikum semua.. Apa khabar? Bertemu lagi kita pada blog kali ni. Hari ni nak cerita pasal pengalaman kita orang punya pembentangan. Minggu lepas pensyarah kami ada bagi tugasan untuk buat poster bagi subjek fiqh ibadat munakahat. Kami ditugaskan untuk membuat tajuk "Puasa". Bukan itu sahaja, kami kene masuk pertandingan poster infografik bagi siapa yang nak markah bonus. Jadi kami pun isi lah nama . Walaupun hakikatnya memang tak yakin pun menang. Yelah kan kami ni tak adalah kreatif mana.  Sepanjang pembikinan poster, macam-macam dugaan yang kami dapat. Mula-mula Suhada sakit lepas itu saya pulak sakit. Dah siap poster kene cetak pulak dan kene pastikan hantar pada hari isnin juga sebab pertandingan poster yang pensyarah kami tugaskan itu akan berlangsung pada hari rabu. Tapi kan nak dijadikan cerita pada hari kejadian lepas habis je kelas Sejarah Tamadun Islam Asia Tenggara kami terus ke dewan . Yelah nak tengok hasil poster kami ditampal.๐Ÿ˜Šhahaha. Perasaan bangga tu adalah sikit. Tapi bila kami sampai jeh dekat dewan alangkah terkejutnya bila kami tahu yang pembentangan tu kene buat depan orang ramai. ๐Ÿ˜“Hishhh...Boleh tahan lemah juga lah lutut ni . Dalam beberapa minit kemudian tibalah giliran kami. Kita orang pun bentanglah macam biasa sampai lah tiba giliran saya penonton gelak dekat satu bahagian ni. Rupanya bila habis je bentang kawan-kawan cakap saya salah cakap. Sebenarnya nak cakap puasa "syura" tapi tercakap puasa "asyura" . Orang gelak lah sebab tak silap asyura ni bubur je. Tapi apa pun memang pengalaman  betul .

Bukan setakat itu sahaja, hari ni kami dapat tau yang kita orang menang pertandingan poster tuh . Tapi yang lebih mengejutkan lagi bukan biasa-biasa ye kami dapat Johan tau. ๐Ÿ˜Siapa sangka poster yang kita orang hantar niat sebagai penyertaan tu dapat jadi juara. Tapi apa pun alhamdulillah. Semua ni rezeki untuk kita orang lebih semangat lagi untuk masa akan datang. Apa pun kata kuncinya kena percaya dengan kemampuan diri sendiri. Jangan kita terlalu rendah diri dan menidakkan yang kita juga boleh berjaya macam orang lain. 

Posted by : NAZIRATHUL



Comments

Popular posts from this blog

POSITIVE VIBES

Kuliah 2 (Kelayakan Penterjemah)

Kuliah 6 (Menterjemah kata ganti nama)