OPKIM
Perjalanan ke Padang Piol |
Assalamualaikum semua π, berjumpa lagi kita .. Blog kali ni saya nak ceritakan pasal pengalaman kami sepanjang berada di Jerantut Pahang. Minggu lepas saya, Balqis, Athirah dan Suhada sertai program Jalinan Kasih 2.0 anjuran ISIUKM tau. Seronok betul program tuh. Tapi sayangnya kami hanya tinggal selama tiga sahaja dekat sana. Bak kata orang tak puas lagi nak merantau tempat orang tak gituπ. Sebelum itu lupa nak kongsi nama kampung yang kami pergi ni. Nama kampung tu ialah Kampung Padang Piol.
Program Jalinan Kasih ni sebenarnya program anak angkat dan mak ayah angkat. Anak angkat akan ditentukan oleh jawatankuasa siapa keluarga angkat kita. Tapi tanpa rancang saya , Balqis dan Athirah dapat keluarga angkat yang sama. Jadinya kami ni adik-beradik angkatlah kiranya hahahhaha π.Jadi lepas daripada itu maka dapatlah gelaran Along, Ngah dan Adik. Cuba teka siapa adik tu? Jeng jeng jeng.. hahahahah . Adik tu sayalah. Memandangkan antara kami bertiga sayalah yang lahir paling lambat bulan 7 maka dapatlah gelaran "adik" walaupun "adik" yang ini nampak macam kakak kan. Tapi tak ada masalah lah . Bukan senang kita nak merasa jadi adik ni. Dekat rumah memang dah kakak dah . Jadi kita tukar angin pulak dapat rasa ada "kakak-kakak" yang suka mengarah ni. π. Tapi apa pun saya sayang kakak-kakak saya ni.
Comelkan opah kami π |
Sepanjang kami berada kat sana macam-macam aktiviti yang kami lakukan . Khususnya yang melibatkan penduduk kampung. Tapi yang paling seronok bila penduduk kampung betul-betul sambut kedatangan warga UKM ni tau. Terharu pun ada. Opah-opah dekat sana layan kami macam anak-anak dan cucu-cucu sendiri tau. Siap buatkan kami ABC lagi tau petang tu. Tak payah bayar pun. Hari kedua dekat sana ada aktiviti sukan rakyat tau. Bagi saya sukan rakyat mase tu memang terbaik. Sebabnya melibatkan penduduk kampung. Pendek kata memang riuhlah petang tu dengan sukan rakyat kami.
Tapikan kalau orang tanya apa yang seronok bila dekat sana, memang akan jawab seronok ronda kampung. Maklumlah kita tak duduk kampung. Bila sekali dapat ronda satu kampung tu jadi jakunlah sikit, hahahhahaπ. Sampaikan mak cik pak cik kat kampung tu pelik tengok gelagat kami. Seronok sangat. Kalau sebelah malam pula ada forum perdana. Panel-panel yang hadir pun hebat-hebat juga tau. Memang tak kering gusi lah malam tu kami dengar forum.
Hari terakhir dekat sana kami buat gotong royong perdana bersihkan Kampung Padang Piol. Kami pilih kawasan-kawasan tertentu yang bersesuaian untuk kami bersihkan. Antaranya kami bersihkan masjid kampung, dewan serbaguna dan kawasan perkuburan. Manakala jawatankuasa yang lain buat "Ziarah Tautan Kasih". Aktiviti ini pergi melawat rumah-rumah asnaf dekat kampung Padang Piol sendiri. Memang sedihlah sebabnya dapat tahu masalah-masalah yang mereka hadapi. Ada yang masalah kesihatan, kewangan dan banyak lagi lah. Tapi lawatan ni bukan saja-saja , bantuan juga dihulurkan kepada mereka. Harap dengan bantuan kami yang tak seberapa ni dapatlah ringankan sikit beban mereka.
Mak kamiππ |
Hari terakhir kami dekat sana memang sedih lah sebab nak tinggalkan keluarga angkat masing-masingkan. Walau apa pun kami bersyukur sangat sebab dapat mak dan ayah angkat yang baik gila. Sanggup masak dan hantar kami pergi dan balik setiap aktiviti. Walaupun tiga hari je tapi kami dah mula sayang dah dekat mak dan abah kami dekat Padang Piol ni.
Berdasarkan program ni macam-macam yang kami dapat . Yang paling penting kami dapat pengalaman. Pengalaman tulah perkara yang paling berharga sekali tau. Tak dapat beli dekat mana-mana. Memang tak menyesal lah sertai program ni. Walaupun penat tu ada tapi seronok dekat sana tu tak dapat lawan lah.
Kesimpulannya, selagi kita boleh bantu orang lain dan hidup bermasyarakat maka lakukanlah. Terutama macam kami ni , pelajar . Macam-macam aktiviti yang ada jadi janganlah malas nak sertai dan amalkan 3K. Katil, kafe dan kelas . No,no , no !!!! Jangan jadi macam tu ok.π
Balqis semangat nak gotong-royongπ |
Comments
Post a Comment