IBU ANGKAT
Assalamualaikum geng! jumpa lagi ye kita?❤👀
harini saya nak cerita sedikit tentang kem yang saya join iaitu Operasi Khidmat Masyarat (OPKIM) 2.0 bertempat di Jerantut, Pahang. Hehehe sebenarnya join pun sebab nak hilangkan homesick even tkbalik rumah sendiri.😜 Perjalanan kami ke Jerantut mengambil masa sebanyak 4jam jugaklah.
Kami sampai kat sana 10malam sebab kami bertolak lewat sedikit dari UKM. Tiba di sana, kami disambut dengan begitu meriah sekali oleh warga Padang Piol. Hehehe. Kalau ada orang Padang Piol baca blog ini, saya ucapkan jutaan terimakasih yang tak terhingga kerana memberikan komitmen yang baik sepanjang program ini dijalankan. Pembahagian anak angkat dijalankan. Selesai sesi pembahagian anak angkat, kami pun pulang ke rumah ibu dan bapa angkat kami. Layanan ibu dan bapa angkat kami sangat baik sepanjang kami tinggal di rumah mereka dari segi pakaian, tempat tinggal dan makanan. 👍😄
Program pertama kami pada pagi Sabtu itu, solat Subuh berjemaah di Masjid bersama dengan ibu bapa angkat. Ayah angkat kami ni merupakan bilal Masjid, oleh sebab itu dia pergi lagi awal dari kami. Saya dan Athirah menaiki motosikal untuk ke Masjid. Suhu pada pagi hari tuhan je yang tahu sejukkkkk dia tu mcam mana. Dahlah naik motor.😓 Ibu angkat saya menaiki motosikal yang lagi satu bersama Nazirathul. haaaa, mesti tertanya-tanyakan mana Suhada? Hehehe, Suhada ada jelah cumanya dia bersama ibu angkat yang lain.
Nak kenal tak dengan ibu angkat saya bersama adik angkat saya? Sat naaa.
.
.
. tadaaaaa....
hehehehe. comel bukan? pengalaman saya bersama orang felda Padang Piol tak dapat saya lupakan sampai akhir hayat saya. Terimakasih mak&abah. 💖
.
Sekadar ini saya coretan saya pada malam ini. Selamat malam semua!💤
Ada masa bertemu lagi ya?
post by balqis

Comments
Post a Comment