Posts

Showing posts from June, 2019

Kuliah 6 (Menterjemah kata ganti nama)

Assalamualaikum semua 😉 Kata ganti nama ini merupakan satu kata nama yang menggantikan panggilan pada diri bagi manusia seperti saya,aku,patik dan beta. Kata nama diri arab terbahagi kepada dua : Bariz(nyata)➦munfasil(terpisah)➦muttasil(bersambung) Mustatir(tersembunyi)➦wajib al-istitar ➦jaiz al-istitar Kata ganti nama dalam bahasa arab dikenali dengan (Dhamir) yang terbahagi kepada dua iaitu muzakar dan muannaas. Manakala kata ganti nama dalam bahasa Melayu terbahagi kepada kata ganti nama diri dan nama tunjuk. Manakala kata ganti nama diri pula terbahagi kepada diri tanya dan diri orang. posted by: Nazirathul

Kuliah 5 (Menterjemah kata nama khas)

Assalamualaikum semua 😊 Kata nama khas ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu kata nama khas hidup(manusia dan haiwan) dan kata nama khas tidak hidup. Kata nama khas ini tidak boleh dipandang mudah kerana ianya mempunyai maksud tersendiri.Kebiasaannya dalam bahasa Melayu kata nama khas ini didepannya akan huruf besar. Antara kata nama khas : Nama orang Nama bandar atau tempat Nama Institusi/Organisasi Nama gelaran atau jawatan Nama judul/peristiwa Kebanyakan kata nama khas diatas tidak boleh diterjemahkan dan hanya perlu pindahkan ke bahasa sasaran dengan mengikut kesesuaian bahasa sasaran itu sahaja. posted by:Nazirathul 

Kuliah 4 (Jenis Terjemahan & Kaedah Terjemahan)

Assalamualaikum semua 😊 Kali ni nak kongsi tentang jenis terjemahan dan kaedah terjemahan pula. Secara umumnya terjemahan terbahagi kepada dua jenis iaitu lisan dan tulisan. Terjemahan lisan ini lebih kepada terjemahan yang dibuat berdasarkan lisan. Mestilah seorang yang fasih dan petah berkata-kata dalam bahasa sumber dan bahasa sasaran. Dalam terjemahan lisan ini kesalahan tidak boleh diubah dan dibetulkan. Terjemahan tulisan pula sudah semestinya melalui tulisan. Dalam jenis terjemahan ini sekiranya penterjemah bersifat pasif dengan bahasa sumber dan bahasa sasaran pun tidak menjadi suatu halangan yang besar. Ini kerana sekiranya berlaku kesalahan boleh dibetulkan dan dilakukan semakan berkali-kali. Malah terdapat juga pendapat-pendapat khusus yang lain berkaitan dengan jenis terjemahan.  Robert: ➨Faktual ➨Sastera Roman Jacobson : ➨Intralingual ➨Interlingual ➨Intersemiotik Catford: ➨Keluasan bahan diterjemah : sepenuhnya/sebahagian ➨Unsur lin...

Kuliah 3 (Proses Menterjemah)

Assalamualaikum semua 😊 Kali ni nak terangkan tentang proses menterjemah pula. Dalam menterjemah ini banyak proses yang perlu dilalui bagi mendapatkan hasil terjemahan yang berkualiti.  Menurut Nida & Taber proses menterjemah perlu melalui beberapa peringkat iaitu analisis teks, pemindahan, penstrukturan semula baru lah terhasil teks sasaran. Dalam proses menterjemah terdapat beberapa peringkat yang penting yang perlu ada bagi mengahsilkan terjemahan yang berkualiti: Analisis : Proses ini melibatkan pencarian makna perkataan, ayat yang kebiasaannya ada dalam memori penterjemah atau kamus. Tidak lupa juga peribahasa yang terdapat dalam teks tersebut. Pemindahan:Peringkat ini kebanyakannya melibatkan pencarian kesepadanan teks sumber dengan bahasa sasaran. Kebiasaannya ada kepincangan antara sumber dan sasaran Struktur semula: Teks perlu disusun semula mengikut gaya bahasa yang bersesuaian dengan bahasa sasaran. Mudah difahami. Memeriksa:Boleh dilakukan sendiri t...

Kuliah 2 (Kelayakan Penterjemah)

Assalamualaikum semua 😊 Haaa.... berkesinambungan dengan post sebelum ni yang berkaitan dengan definisi terjemah maka minggu ni kita kenalah tahu pula pasal kelayakan bagaimana untuk menjadi seorang penterjemah. Yang penting bukan senang tau nak jadi seorang penterjemah yang berkualiti hasil terjemahannya. Antara fakta yang salah tentang seorang penterjemah adalah mencukupi bagi mereka untuk menjadi penterjemah dengan mengetahui dua bahasa sahaja. Untuk pengetahun kalian semua bukan semudah itu ya..  Syarat utama seorang penterjemah:  Mengetahui bahasa sumber Mengetahui bahasa sasaran Mengetahui topik atau subjek yang ingin diterjemah Mengetahui teori yang ingin diterjemah Mengetahui sasaran khalayak pembaca Bahasa sumber ➨ Mestilah mengetahui dengan mendalam agar dalam menggunakan dan mentafsir dengan maksud yang tepat. Bahasa sasaran ➨ Merupakan bahasa penerima. Mestilah lebih baik berbanding bahasa sumber atau setanding dengan bahasa sumber. Topik atau ...

Kuliah 1 (Definisi Terjemahan)

Assalamualaikum semua 😊 Hari ini nak berkongsi berkaitan dengan definisi terjemahan. Hmmm,,, apa sebenarnya terjemahan ni eh?😕  Seperti mana yang kita semua sedia maklum kat dunia ni diciptakan dengan pelbagai jenis manusia yang berbilang kaum, bangsa, agama dan juga bahasa. Jadi secara tidak langsung proses penterjemahan ini sangat penting dan perlu ada supaya dapat memudahkan lagi proses komunikasi dan penyebaran maklumat dalam pelbagai bahasa. Pertama sekali, kita perlu tahu apa yang dimaksudkan dengan terjemahan. Terjemahan ini boleh difahami melalui dua aspek iaitu daripada kamus dan juga pandangan sarjana. Terjemah dalam kamus membawa maksud memindahkan karangan dalam satu bahasa ke satu bahasa yang lain. Terjemahan pula bermaksud hasil kerja yang sudah diterjemah. Manakala penterjemahan bermaksud hasil atau usaha dalam melakukan proses terjemah ini. Pandangan sarjana berkaitan terjemah ini pula banyak. Antaranya Catford yang berpandapat bahawa terjemah ialah peng...