Kuliah 3 (Proses Menterjemah)
Assalamualaikum semua 😊
Kali ni nak terangkan tentang proses menterjemah pula. Dalam menterjemah ini banyak proses yang perlu dilalui bagi mendapatkan hasil terjemahan yang berkualiti.
Menurut Nida & Taber proses menterjemah perlu melalui beberapa peringkat iaitu analisis teks, pemindahan, penstrukturan semula baru lah terhasil teks sasaran.
Dalam proses menterjemah terdapat beberapa peringkat yang penting yang perlu ada bagi mengahsilkan terjemahan yang berkualiti:
- Analisis : Proses ini melibatkan pencarian makna perkataan, ayat yang kebiasaannya ada dalam memori penterjemah atau kamus. Tidak lupa juga peribahasa yang terdapat dalam teks tersebut.
- Pemindahan:Peringkat ini kebanyakannya melibatkan pencarian kesepadanan teks sumber dengan bahasa sasaran. Kebiasaannya ada kepincangan antara sumber dan sasaran
- Struktur semula: Teks perlu disusun semula mengikut gaya bahasa yang bersesuaian dengan bahasa sasaran. Mudah difahami.
- Memeriksa:Boleh dilakukan sendiri tetapi sebaiknya rujuk pakar bidang periksa samada ada kesalahan terhadap terjemahan.
- Menyemak: Biasanya orang akan keliru antara memeriksa dan menyemak. Semak semula teks tersebut sesuai atau tidak dengan pembaca sasaran.
- Menyunting: Sebenarnya ini tidak termasuk dalam skop pekerjaan seorang penterjemah tetapi proses ini penting bagi membuang bahan yang tidak penting dalam teks selain dapat mewujudkan keseragaman dalam teks jika diterjemah oleh ramai pihak.
posted by : Nazirathul
Comments
Post a Comment