Kuliah 4 (Jenis Terjemahan & Kaedah Terjemahan)
Assalamualaikum semua 😊
Kali ni nak kongsi tentang jenis terjemahan dan kaedah terjemahan pula.
Secara umumnya terjemahan terbahagi kepada dua jenis iaitu lisan dan tulisan. Terjemahan lisan ini lebih kepada terjemahan yang dibuat berdasarkan lisan. Mestilah seorang yang fasih dan petah berkata-kata dalam bahasa sumber dan bahasa sasaran. Dalam terjemahan lisan ini kesalahan tidak boleh diubah dan dibetulkan.
Terjemahan tulisan pula sudah semestinya melalui tulisan. Dalam jenis terjemahan ini sekiranya penterjemah bersifat pasif dengan bahasa sumber dan bahasa sasaran pun tidak menjadi suatu halangan yang besar. Ini kerana sekiranya berlaku kesalahan boleh dibetulkan dan dilakukan semakan berkali-kali.
Malah terdapat juga pendapat-pendapat khusus yang lain berkaitan dengan jenis terjemahan.
Robert:
➨Faktual
➨Sastera
Roman Jacobson :
➨Intralingual
➨Interlingual
➨Intersemiotik
Catford:
➨Keluasan bahan diterjemah : sepenuhnya/sebahagian
➨Unsur linguastik:Tuntas/terbatas
Terbatas:Fonologi.grafologi, kosa kata,tatabahasa
Peter:
➨Komunikatif
➨Semantik
Kaedah terjemahan
- kata demi kata
- harfiah
- bebas
Comments
Post a Comment