Kuliah 1 (Definisi Terjemahan)

Assalamualaikum semua 😊

Hari ini nak berkongsi berkaitan dengan definisi terjemahan. Hmmm,,, apa sebenarnya terjemahan ni eh?😕 

Seperti mana yang kita semua sedia maklum kat dunia ni diciptakan dengan pelbagai jenis manusia yang berbilang kaum, bangsa, agama dan juga bahasa. Jadi secara tidak langsung proses penterjemahan ini sangat penting dan perlu ada supaya dapat memudahkan lagi proses komunikasi dan penyebaran maklumat dalam pelbagai bahasa.

Pertama sekali, kita perlu tahu apa yang dimaksudkan dengan terjemahan. Terjemahan ini boleh difahami melalui dua aspek iaitu daripada kamus dan juga pandangan sarjana.

Terjemah dalam kamus membawa maksud memindahkan karangan dalam satu bahasa ke satu bahasa yang lain. Terjemahan pula bermaksud hasil kerja yang sudah diterjemah. Manakala penterjemahan bermaksud hasil atau usaha dalam melakukan proses terjemah ini.

Pandangan sarjana berkaitan terjemah ini pula banyak. Antaranya Catford yang berpandapat bahawa terjemah ialah penggantian bahan teks sumber kepada bahan yang sepadan dengan bahasa sasaran. Manakala pendapat Finlay pula lebih menekan kepada penulisan. Beliau berpendapat bahawa terjemah ini mesti lah melalui penulisan kerana berbeza dengan interprestasi yang melalui percakapan semata. Bukan itu sahaja malah individu atau komputer yang menukarkan teks bahan sumber ke teks bahasa sasaran di gelar penterjemah(translator) manakala disiplin ilmu atau hasil kerja terjemahan tersebut dikenali kajian penterjemahan(translation studies).

Kesimpulannya, dalam proses penterjemahan ini aspek penting dan utama yang ditekankan ialah kesepadanan antara teks bahasa sumber dengan teks bahasa sasaran.

posted by:Nazirathul 😍


Comments

Popular posts from this blog

POSITIVE VIBES

Kuliah 2 (Kelayakan Penterjemah)

Kuliah 6 (Menterjemah kata ganti nama)