Assalamualaikum semua 😊 Hari ini nak berkongsi berkaitan dengan definisi terjemahan. Hmmm,,, apa sebenarnya terjemahan ni eh?😕 Seperti mana yang kita semua sedia maklum kat dunia ni diciptakan dengan pelbagai jenis manusia yang berbilang kaum, bangsa, agama dan juga bahasa. Jadi secara tidak langsung proses penterjemahan ini sangat penting dan perlu ada supaya dapat memudahkan lagi proses komunikasi dan penyebaran maklumat dalam pelbagai bahasa. Pertama sekali, kita perlu tahu apa yang dimaksudkan dengan terjemahan. Terjemahan ini boleh difahami melalui dua aspek iaitu daripada kamus dan juga pandangan sarjana. Terjemah dalam kamus membawa maksud memindahkan karangan dalam satu bahasa ke satu bahasa yang lain. Terjemahan pula bermaksud hasil kerja yang sudah diterjemah. Manakala penterjemahan bermaksud hasil atau usaha dalam melakukan proses terjemah ini. Pandangan sarjana berkaitan terjemah ini pula banyak. Antaranya Catford yang berpandapat bahawa terjemah ialah peng...